Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
Hakikat Sebuah Perjalanan
Tuesday 14 May 2013 • Tuesday, May 14, 2013 • 0tinta



Sahabat-sahabatku, berubah itu mudah. Siapa-siapa pun mampu berubah, tetapi harus ingat! Untuk istiqamah tidak semudah yang disangkakan . Diri harus benar-benar kuat, iman perlu benar-benar teguh. Mintalah dengan ALLAH sentiasa dalam setiap doa dan sujudmu agar ditetapkan hatimu dijalan yang DIA redha .Hakikat sebuah perjalanan menuju redha ALLAH itu sukar, kerana pengakhiran itu serba indah. Apa-apa sahaja perkara yang baik , pasti akan ada halangan kerana disitu DIA dapat menguji kekuatan iman dan kesungguhan kita dalam merebut redhaNYA . Apa pun perkara yang baik pasti akan ada rasa malas , tidak suka dan pelbagai perasaan negatif . Itu semua hasutan dan tipu daya syaitan agar dapat menyesatkan kita dan sekaligus mengheret kita di lembah kehinaan bersamanya . Adapun segala perkara yang berbentuk kejahatan , yang mampu mendatangkan murkaNYA akan dipenuhi dengan hiburan , rasa suka untuk melakukannya , rasa gembira , kerana itulah tipu daya dan muslihat yang ALLAH beri kepada hamba-hambaNYA . Jika kita meletakkan dunia di hati kita maka mudahlah untuk kita tewas dalam perjalanan menuju kepadaNYA , nauzubillahminzalik .


Ku akui hakikat diri yang juga lemah, tidak bermakna diriku yang berkata-kata ini sudah sempurna, hakikatnya hanya ALLAH sahaja yang mengetahui. Tetapi sekurang-kurangnya dengan penulisan ini mampu membuat diriku lebih bersemangat dan termuhasabah. Orang mungkin akan nampak kita sentiasa tabah, tetapi hanya DIA yang lebih mengetahui sejauh mana ketabahannya. Apa yang terzahir tidak semestinya benar. Nilailah sesuatu itu dengan hati , dengan pandangan ALLAH dan RASUL.

Sahabat-sahabat yang ku kasih kerana ALLAH, 

Dalam perjalanan ini, kita pasti akan diuji. Semakin kita ingin mendekatkan diri kepada ALLAH, semakin berat ujian yang akan hadir. Kadang-kadang ujian itu hadir jua tanpa kita sedar. Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri. Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri. Tanpa kita sedar, ujian juga mampu mematangkan kita. 


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah S.W.T kenapa kita diberi ujian yang berat sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita harus mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar , ingatlah bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita  kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya. Jadi mengapa harus kita mengalah dalam perjalanan menuju redhaNYA?
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Bisikkanlah pada hati, andai kita yakin hidup ini hanya sementara, jadi mengapa kita merasa yang setiap musibah itu akan berlarutan selama-lamanya?

Bila dirimu ditimpa musibah , bila dirimu rasa diri benar-benar tidak berdaya dan hatimu menangis pedih . Lihatlah seluruh alam ini , lihatlah langit yang cantik membiru, lihatlah laut yang tenang. Tidakkah kau nampak kebesaran ALLAH? Yakinlah DIA sentiasa bersama kita dan akan terus kekal bersama kita sehingga dunia ini tidak mampu lagi bertahan. Tabahkanlah diri, jangan mudah menyerah kalah, jangan benarkan diri kamu rebah menyembah bumi, teruslah berdiri , teruslah berjuang, teruslah bangkit tanpa menoleh kebelakang, tanpa menghiraukan segala duka. Yakinlah, kamu mampu.





New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*