Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
Mengapa kesusahan itu hadir?
Tuesday 14 May 2013 • Tuesday, May 14, 2013 • 0tinta

Janganlah berasa hairan atau marah disaat kesusahan datang. Bukankah setiap waktu ia sering datang berkunjung? Apakah kita berasa hairan dengan hal yang selalu menyapa hari – hari kita? Haruskah kita marah atas sesuatu yang membuat hidup kita lebih berwarna dan penuh cabaran?


Apakah anda juga pernah berasa kesusahan yang besar dalam hidup?

Pada umumnya manusia lebih menyukai hal – hal yang mudah dibandingkan hal – hal yang menyusahkan. Sekiranya manusia diberi pilihan, mereka tentu akan memilih yang paling mudah dan paling baik untuk dirinya. Jarang ada orang yang akan memilih yang lebih sukar atau menyusahkan, kecuali ada alasan kuat untuk itu.

Pilihlah yang mudah.

Misalnya kita tinggal tidak berapa jauh dari tempat kita bekerja. Jika kita berjalan kaki menuju ke tempat kita bekerja, maka kita memerlukan waktu diantara lima belas dan dua puluh minit. Namun, kalau kita memiliki kereta, kita tentu lebih rela memilih untuk menaiki kereta ke tempat kerja. Sebab pergi ke tempat kerja dengan kereta memberikan lebih banyak kemudahan dibandingkan berjalan kaki. Perjalanan boleh jauh lebih cepat dan kita pun tidak berasa penat.

Adakalanya kesusahan tetap akan datang walaupun kita tidak memilihnya, sehingga kita terpaksa bersabar sedaya – upaya dalam menghadapinya. Dengan Ilmu dan pengetahuan, insyaallah kita boleh mengubah kesusahan menjadi mudah. Dengan kesungguhan, insyaallah kita boleh menghadapi setiap kesusahan yang datang, sehinggga kesusahan itu tidak akan memberi mudharat besar kepada diri kita. Dan paling penting, mintalah kepada-Nya, kerana Tuhan juga tidak ingin menyusahkan kita.Yang lebih mudah itu disukai oleh manusia dan dipandang baik oleh agama, selagi ia tidak mengandungi  dosa. Walaupun begitu, jika ada kesusahan yang datang menjelma, Islam mengarahkan umatnya tidak mengeluh dan bersabar dalam menghadapinya. Kerana kesusahan itu hanyalah bersifat sementara. Setelah berlalunya kesusahan, tentu akan datang kesenangan.Sebagaimana manusia lebih menyukai kesenangan berbanding kesusahan, Islam juga tidak menghendaki kesusahan bagi manusia. Islam memang memberikan perintah dan larangan yang membuatkan kita berasa dalam kesusahan. Tetapi disebalik semua itu, sebenarnya ada kemudahan bagi orang – orang yang beriman. Yang penting adalah jangan kita ragu – ragu.Jangan sesekali menyangka Allah menghendaki kesusahan dan keburukan bagi manusia. Sekiranya Dia memang ingin menyusahkan manusia, maka hidup ini sama sekali tidak akan ada harapan.. 


New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*