Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
disebalik senyuman
Friday, 8 March 2013 • Friday, March 08, 2013 • 0tinta


kadang-kadang.
kita selalu kata..
"tak da apa-apa..."
sambil terukir senyuman yang penuh kepura-puraan..
tetapi dalam hati tersimpan kesedihan dan keperitan..

bukan semua yang mampu diceritaka pada 
S.A.H.A.B.A.T..
hanya pada Allah hati ini mampu meluahkan..


mungkin kerana malu mereka melihat titisan air mata ini..
mungkin kerana tidak mahu mereka bersimpati..
mungkin kerana tidak mahu membebankan mereka..


disebalik keceriaan,
disebalik gelak tawa,
disebalik kegembiraan,
terselit ujian-ujian dariNYA..

disebalik kesusahan,
disebalik kapayahan,
disebalik kesedihan,
terselit kekuatan dariNYA...

Kuatkanlah hati ini dalam menempuh setiap ujian dariMu..
teguhkanlah hati ini dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu..
kuserahkan segala urusanku kepadaMu..

~~teruskan tersenyum..dan tersenyum dengan apa sahaja yang berlaku..
Dunia ini akan turut tersenyum kepadamu...~~

Labels:


Kuatkanlah hatiku Ya Allah :')
• Friday, March 08, 2013 • 0tinta

entah mengapa air mata mengalir tanpa henti..memikirkan ujian-ujian yang melanda diri sejak kebelakangan ini..aku tidak kuat Ya Allah,tetapi aku tahu,Engkau tidak akan menimpakan ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambaMU..

Ya Allah,
Kau kuatkanlah hati ini,
Kau tabahkanlah hati ini,
dari godaan cinta insani,
yang tidak menjanjikan kabahagiaanku..

Ya Allah,
ampunilah dosaku,
bukan niat dihatiku untuk meruntuhkan iman mereka,
tetapi semakin aku menjauh,
semakin mereka mendekati..
berdosakah diri ini Ya Allah..

Ya Rabb,
sungguh,aku tidak mahu..
tidak mahu menjadi panahan syaitan untuk merosakkan iman mereka,
Kau selamatkanlah iman ku,
Kau selamatkanlah iman mereka..


Ya Allah,
betapa diri ini sedar kekerdilan diri ini,
tidak layak untuk memilih siapa jodohku,
tetapi aku menolak bukanlah bemaksud aku memilih,
tetapi aku tidak mahu terus dibuai cinta manusia,
biarlah aku menikmati untuk bercinta bersamaMU,
apabila masanya telah tiba,
aku yakin pasti akn tiba jua sidia untukku..

Ya Rabb,
aku lebih rela dikatakan sombong,
aku lebih rela dikatakan jual mahal,
aku lebih rela dikatakan itu dan ini,
kerana aku tidak rela dipandang rendah olehMU..

aku takut Ya Allah,
andai sahaja aku menerima cintannya yang tidak halal,
adakah Engkau redha dengan perhubungan itu nanti..

perkenankanlah rintihanku ini...ameen

Labels: ,


Istikharah ku
• Friday, March 08, 2013 • 0tinta





kerana jiwa ini milikMu,hati ini milikMU,dan setiap denyut nadi ini hanya milikMu,
Sesungguhnya semua ini milikMu yang mutlak..

istikharahku hanya bergerak mengikut naluri hati..

Istikharahku,
moga dirimu sentiasa menunjuki aku jalan yang benar.
moga apa jua pilihan yang ku pilih dalam kehidupanku,itulah pilihan dariMu.
moga apa jua tindak-tanduk yang aku lakukan,itulah yang Engkau inginkan..

sesetengah daripada kita,apabila sentuh berkenaan solat istikharah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memilih jodoh..

sahabat,
istikharah bukanlah semata-mata untuk memilih siapa jodoh kita..tetapi lebih daripada itu..

sahabat,
andai kita sedar,setiap hari kita tidak terlepas daripada membuat pilihan.dari memilih baju untuk pergi ke kelas,memilih menu untuk memasak,hinggalah membuat keputusan besar yang mampu mengubah kehidupan kita untuk masa akan datang.

oleh itu sahabat-sahabat,

disamping mengamalkan solat sunat yang lain,
amalkanlah solat sunat istikharah setiap pagi agar setiap tindak tanduk kita,setiap keputusan yang kita lakukan sentiasa berada dibawah petunjuk dariNYA.semoga setiap masalah yang dihadapi setiap hari,kita mampu menyelesaikannya dengan panduan dan petunjuk dariNYA jua..
Semoga Allah redha..

peperiksaan final semakin hampir,
berusahalah dari awal.perbanyakkan solat sunat hajat.
jangan dilupakan juga solat sunat istikharah supaya kita dimudahkan dan diberi petunjuk dariNYA untuk menjawab soalan peperiksaan..

meluas kan skop istikharah ni sebenarnya?

Labels: ,


Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*