Kelebihan Hari Jumaat
Friday 29 November 2013 • Friday, November 29, 2013 • 0tinta Sementara menunggu mereka habis class ED pukul 12.30 nnt , thea nak share sikit pasal kelebihan hari jumaat . Kalau korang perasan hari ni adalah hari Jumaat terakhir di bulan November dan juga hari jumaat terakhir di Bulan Muharam .okayy . stop pot pet pot pet . better thea terus cakap apa kelebihan di hari jumaat ni .
Hari Jumaat merupakan hari yang amat istimewa bagi kaum muslimin. Hari
Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keutamaan yang disediakan oleh
Allah SWT kepada hamba-hambaNya.
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Hari paling baik dimana matahari terbit pada hari itu
adalah hari Jumaatt, pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu pula Adam
dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga, pada hari itu juga
kiamat akan terjadi, pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah
seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan
mengabulkan permintaannya.”
1. Hari yang paling mulia dan merupakan penghulu dari
hari-hari
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a. berkata, Rasulullah
s.a.w. bersabda :
“Hari Jumaat adalah penghulu hari-hari dan hari yang paling
mulia di sisi Allah, hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Idhul Fitri dan
Idul Adha di sisi Allah, pada hari jumaat terdapat lima peristiwa,
diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat juga Adam
dimatikan, di hari Jumaat terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta
kepada Allah maka akan dikabulkan selama tidak memohon yang haram, dan di hari
jumaat pula akan terjadi kiamat, tidaklah seseorang malaikat yang dekat di sisi
Allah, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (Hadis
Riwayat Ahmad)
2. Waktu yang mustajab untuk berdo’a
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wa sallam menyebut hari jumaat lalu beliau Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Di hari Jumaat itu terdapat satu waktu yang jika seseorang
muslim melakukan solat di dalamnya dan memohon sesuatu kepada Allah Ta’ala,
nescaya permintaannya akan dikabulkan.” Lalu beliau memberi isyarat dengan
tangannya yang menunjukkan sedikitnya waktu itu. (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Namun mengenai penentuan waktu, para ulama berselisih
pendapat. Di antara pendapat-pendapat tersebut ada 2 pendapat yang paling kuat:
i. Waktu itu dimulai dari duduknya imam sampai pelaksanaan
solat jumaat
Dari Abu Burdah bin Abi Musa Al-Asy’ari r.a. bahawa
‘Abdullah bin ‘Umar r.a. berkata padanya, “Apakah engkau telah mendengar ayahmu
meriwayatkan hadis dari Rasulullah sehubungan dengan waktu ijaabah pada hari
jumaat?” Lalu Abu Burdah mengatakan, “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,
‘iaitu waktu antara duduknya imam sampai solat dilaksanakan.’” (Hadis Riwayat
Muslim)
Imam Nawawi rahimahullah menguatkan pendapat di atas.
Sedangkan Imam As-Suyuthi rahimahullah menentukan waktu yang dimaksud adalah
ketika solat didirikan.
ii. Batas akhir dari waktu tersebut hingga setelah Asar
Dari Jabir bin ‘Abdillah rr.a., dari Nabi s.a.w. bersabda,
“Hari Jumaat itu dua belas jam. Tidak ada seorang muslim pun yang memohon
sesuatu kepada Allah dalam waktu tersebut melainkan akan dikabulkan oleh Allah.
Maka peganglah erat-erat (ingatlah bahawa) akhir dari waktu tersebut jatuh
setelah ‘asar.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)
Dan yang menguatkan pendapat kedua ini adalah Imam Ibnul
Qayyim rahimahullah, beliau mengatakan bahawa, “ini adalah pendapat yang
dipegang oleh kebanyakan generasi salaf dan banyak sekali hadis-hadis
mengenainya.”
3. Dosa-dosanya diampuni antara jumaat tersebut dengan
jumaat sebelumnya
Dari Salman Al-Farisi r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w.
bersabda:
“Tidaklah seseorang mandi pada hari Jumaat dan bersuci
semampunya, berminyak dengan minyak, atau mengoleskan minyak wangi dari
rumahnya, kemudian keluar (menuju masjid), dan dia tidak memisahkan dua orang
(yang sedang duduk berdampingan), kemudian dia mendirikan solat yang sesuai
dengan tuntunannya, lalu diam mendengarkan (dengan saksama) ketika imam
berkhutbah melainkan akan diampuni (dosa-dosanya yang terjadi) antara Jumaat
tersebut dan Jumaat berikutnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
AMALAN-AMALAN HARI JUMAAT
1. Membaca surah al-Sajdah dan al-Insan dalam solat subuh
Dari Abu Hurairah r.a., katanya :
“Nabi s.a.w. ketika solat Subuh membaca: “ALIF LAAM MIIM TANZIIL
AS-Sajadah (Surah As-Sajadah), dan ‘HAL ATAA ‘ALAL INSAANI HIINUM MINAD DAHRI
(Surah Al-Insaan).” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Memperbanyakkan selawat
Dari Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Perbanyaklah selawat kepadaku setiap hari Jumaat kerana
selawat umatku akan dipersembahkan untukku pada hari Jumaat, maka barangsiapa
yang paling banyak berselawat kepadaku, dia akan paling dekat darjatnya
denganku.” (Hadis Riwayat Baihaqi dengan sanad shahih)
3. Membaca surat Al Kahfi
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diberikan cahaya
baginya diantara dua jumaat.” (Hadis Riwayat Al-Hakim dan Baihaqi dishahihkan
oleh Syaikh Al-Albani)
4. Memperbanyak do’a
5. Amalan-amalan solat jumaat (bagi laki-laki)
Manfaatkan kelebihan hari Jumaat ini dengan amalan-amalan
yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut dalam hadis-hadis di
atas.
Semoga Allah merahmati dan membimbing kita semua ke jalan
yang diredaiNya.
Allah s.w.t berfirman :
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah,
ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Imran:31)
Jom amalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad s.a.w.! ^_^
Sources :Kelebihan Hari Jumaat
|
Ahlan Wasahlan
The Mayor Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :') Celoteh
Tinggal Jejak مبسم الله الرحمن الرحيم Please leave your kind words here :) No rude words / spamming are allowed. Jantung
I love them much :* |