Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
Semuanya Indah kerana-NYA :]
Friday 8 March 2013 • Friday, March 08, 2013 • 0tinta


Alangkah indahnya kulihat berjalan seorang muslimah mukminah dengan wajah yang ditutupi niqab, dia berjalan penuh tawadhu.. Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat seorang mujahidah..

Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa bukan getaran nafsu tapi getaran keinsafan untuk mengenali Allah dengan lebih dekat, ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa..

Ada seulas bibir yang merah bak delima sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah.. Ada sepasang mata yg redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat.. Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut dalam tegas..

Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badanya yang lahir dari hati nurani yang IKHLAS kerana Dia... Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan melainkan hikmah, haq serta mutiara-mutiara ukhuwwah... Hanya dengan melihat pada perwatakannya sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati Allah agar segera berfikir tentang-Nya ♥


p/s : Semoga kita bersama-sama Berusaha untuk mencapai tahap Hamba dan Wanita Solehah Yang Terbaik Disisi-Nya ...

Sentiasa memperbaiki diri.. Sesungguhnya kita ini hamba yang khilaf yang tidak lepas melakukan dosa.. Tanpa kita sedari melakukan dosa, sama ada sengaja atau tidak sengaja, sama ada kita ketahui atau tidak ketahui..Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat apa yang kita kerjakan sama ada secara terang-terangan atau secara sembunyi ...

Jadi jangan pernah jemu untuk terus memohon keampunan pada-NYA.. kerana sesungguhnya DIA (Allah) Maha Pengasih dan Maha Pengampun... Dan Pintu Taubat Sentiasa Terbuka kepada Sesiapa yang Ingin Kembali Pada-Nya.. Jangan tunggu sudah tua baru ingin kita bertaubat .. Kerana sesungguhnya Maut itu tidak kira usia muda atau tua ...

New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*