Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
Post-post islamik
Friday 8 March 2013 • Friday, March 08, 2013 • 0tinta

update status...
share ...
like...
reblog tumblr....
bla..bla..bla..

semua yang dia update, semua yang dia like, semua yang dia share semua nya berunsur islamik. namun islamik kah dia?

buka mata hati kita, siapa kita mahu menilai orang lain? walaupun dia bukan lah wara' sangat, walaupun dia bukanlah baik sangat, yang penting ialah apa yang ingin disampaikan..





manusia mungkin menilai melalui penulisan,percakapan,mahupun amalan seseorang,tetapi Allah menilai melalui niat seseorang. Dan Allah lah sebaik-baik penilai.

diri ini terfikir..
mengapa tidak,kita jadikan kemudahan social web ini sebagai medium untuk kita berdakwah. dan berpeganglah dengan kata-kata  Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qardhawi, 
" Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama." 

apabila kita post sesuatu peringatan, nasihat atau seumpamanya yang mengajak kearah kebaikan, walaupun kita sendiri belum melaksanakan perbuatan tersebut, setidak-tidaknya dengan post sedemikian mampu menyedarkan diri kita untuk melaksanakannya. malah mungkin menyentuh mana-mana hati untuk turut melakukannya. mana tahu kan? 

kerana jari kita yang menaip,kerana kitalah orang pertama yang membaca post tersebut,maka kitalah orang pertama yang ditarbiyyah melalui post kita sendiri.maka bersedialah untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah.

tulislah sesuatu yang mampu memberi kebaikan kepada kita dan orang lain, jangan kerana penulisan kita membuatkan kita terseksa diakhirat kelak.

akhir bicara mayaku,
tulis yang baik-baik, belum tentu kita adalah orang yang baik-baik..tapi sekurang-kurangnya kita berusaha yang terbaik, kan?

#perbetulkan niat kita.. kerana perkara yang baik,jika niat nya terpesong, it is useless..

New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*