Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
dakwah is L.I.F.E
Friday 8 March 2013 • Friday, March 08, 2013 • 0tinta




jalan dakwah itu sememangnya berat kan? jika tidak pasti semua ingin melalui jalan ini..
sahabat..
tiada yang mudah didunia ini.. kita inginkan syurga, semestinya Allah uji dengan bermacam-macam ujian bukan?
berada di jalan dakwah sememangnya menuntut segala-galanya dari kita..
bersediakah awak?
bersediakah awak untuk mengorbankan hartamu, mengorbankan masa bersama keluarga,masa untuk belajar, masa bersama rakan-rakan hanya kerana dakwah? bersediakah awak mengorbankan jiwa dan ragamu?
bersediakah aku selama ini?
____________________________________________________________________ 

awak..
Allah memang sengaja ingin membeli pengorbanan kita untuk memberi syurgaNYA..
tabahlah hadapi sebarang ujian dalam menempuh jalan dakwah yang penuh duri dan liku-liku ini..
disebalik kesusahan, sesungguhnya Allah memberi kekuatan kepada awak..

dalam usaha membuat kerja dakwah, kadangkala suara-suara yang tidak menyenangkan bertandang di telinga..
"cuti semester, orang lain semua balik kampung,kau nak datang semula ke kampus kenapa? tak da life langsung.. orang lain boleh dapat duit dengan cari kerja, orang lain boleh duduk rumah rehat-rehat,kau buang duit bayar tambang bas,plus sibuk dengan persatuan..busy betul.." 

buat sahabat seperjuangan,
LIFE kita adalah dengan berdakwah.. mengorbankan masa untuk berprogram, tujuannya adalah dakwah.. mengorbankan duit untuk tambang bas,duit minyak,etc tujuannya adalah dakwah..berpersatuan juga tujuannya adalah dakwah..semua ini dilakukan kerana dakwah kan?atau ada sebab lain?
 andai lemah,bangkitlah semula dan mintalah kekuatan dariNYA,pemegang hati kita..ujian akan terus menerus menghambur,jangan pernah putus asa,malah hadapinya dengan tenang.seberat mana ujian kita hadapi,sekuat itulah sebenarnya dakwah kita..

renungkan..
adakah orang yang dapat bekerja semasa cuti semester, duduk melepak dengan menghabiskan masa dirumah dikira ada LIFE?
kita hidup bukan untuk bekerja semata-mata..kita hidup bukan hanya untuk berehat dirumah semata-mata..
namun kita hidup untuk dakwah.. dakwah tidak memerlukan kita,bahkan kita yang memerlukan dakwah.. dakwah itulah LIFE yang sebenar-benarnya.. tanpa dakwah dan tarbiyyah dariNYA, kita tidak akan menjadi manusia seperti yang diinginkanNYA..


  
p/s: jangan bermimpi atau pernah berharap untuk menempuh jalan yang mudah dimedan dakwah ini..wuhuu

bersedikah thea ? Ya Allah bukakanlah pintu hambaMu ini Ya Allah . Amin

New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*