Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
Jika kalian ingin mencari cinta
Friday, 8 March 2013 • Friday, March 08, 2013 • 0tinta



Duhai Adam 

Andai mahu mencari Hawa..

1. Jangan dilihat pada kelembutan rambut dan kecantikan wajahnya.. Lihatlah pada tangannya. Andai mudah telapak lembut itu menyentuh pada kulit lelaki ajnabi baginya tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu khinzir itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita ajnabi.khuatir kelak akn membawa fitnah kepasa suami.

2. Jangan dilihat pada hartanya semata-mata. Lihatlah pada butiran kata dibibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak menabur buruk diri si suami.


3. Jangan dilihat pada pakaiannya semata-mata. Lihatlah pada sepasang mata yg indah miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.


Duhai Hawa ..

Andai mahu menerima cinta Adam…

1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…

2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…

3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

credit by : siti fatimah nur arzmi

New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*