Ismi Nurfathiah Hussin
Diary About FOLLOW? D'Board Facebook Twitter
Cinta Kepada Allah ♥
Friday 8 March 2013 • Friday, March 08, 2013 • 0tinta

KISAH CINTA SEORANG WANITA KEPADA ALLAH... 

Dalam sebuah riwayat mengatakan bahawa seorang lelaki munafik yang sangat kedekut telah bersumpah kepada isterinya supaya isterinya itu tidak menyedekahkan sesuatu apa-apa pun kepada orang lain.

Maka pada suatu hari datang seorang peminta sedekah ke rumah orang munafik itu dengan berkata "Wahai penghuni rumah, tolonglah berikan aku sesuatu"

Sebaik sahaja isteri orang munafik itu mendengar ada orang meminta sesuatu maka dia pun memberi kepada orang itu 3 keping roti.

Dalam perjalanan orang munafik itu telah melihat akan pengemis yang sedang mebawa 3 keping roti dan lalu bertanya "Dimanakah kamu mendapat roti ini?" Maka pengemis itu pun berkata "Orang rumah di sana itu memberikan kepadaku."

Setelah orang munafik itu tahu bahawa rumah yang dimaksudkan itu adalah rumahnya maka dengan perasaaan marah dia ke rumahnya dengan berkata "Bukankah aku telah melarang kamu dari memberikan sesuatu kepada sesiapaun?"

Kemudian isterinya berkata "Aku memberikan kepada pengemis itu adalah kerana Allah" Apabila orang munafik itu mendengar kata-kata isterinya maka dia menjadi marah, lalu dia menyalakan api dapur rotinya sehingga panas, kemudian berkata orang munafik itu "Berdirilah dan campakkan diri kamu ke dalam api ini kerana Allah"

Lalu isteri munafik itu memakai perhiasannya tetapi orang munafik itu berkata "Kamu jangan pakai perhiasan-perhiasan ini". Berkata isteri orang munafik itu "Seseorang kekasih akan memakai perhiasan untuk kekasihnya, sedang aku adalah orang yang sedia berkunjung pada kekasihku Allah".

Setelah berkata demikian maka isteri orang munafik itu pun terjun ke dalam dapur tempat buat roti, lalu orang munafik itu menutup tudung dapur dan beredar dari situ.

Setelah 3 hari maka orang munafik itupun membuka tudung dapur dan dia terperanjat apabila melihat isterinya itu masih sihat tanpa terdapat apa-apa cacat dengan kuasa Allah.

Setelah itu orang munafik itu mendengar suara berkata "Kamu tidak mengerti bahawa sesungguhnya api tidak akan membakar kekasih-kekasih Kami..."

New Or Old
Ahlan Wasahlan
The Mayor



Assalamualaikum , Ahlan wasahlan .Allah tak pandang siapa kita yang dulu. Tapi Allah pandang siapa kita yang sekarang. :')


Celoteh
Tinggal Jejak

مبسم الله الرحمن الرحيم
Please leave your kind words here :)
No rude words / spamming are allowed.
Jantung
I love them much :*